SEGALANYA BERMULA DI SINI

JUMPA KAMI DI FACEBOOK KHIDMAT MASYARAKAT DUN KIJAL

Jumaat, 11 Februari 2011

KEBAKARAN DI KG TENGAH KIJAL

 Anggota Bomba bertungkus lumus memadam kebaran daripada merebak ke rumah berdekatan

Pekan Kijal - 12hb Febuari 2011 - Sebuah Rumah hangus dijilat api di Kg Tengah, Kijal. Kejadian berlaku sekitar jam 10.40 pagi disedari oleh penduduk kampung. Ketika kejadian semua anak-anak berada di halaman rumah manakala bapa dan ibu keluar bekerja.

Mangsa kebakaran ,Zulkifli Bin Koter (50) yang baru memulakan kerja di sebuah sawmill berdekatan bergegas pulang ke rumah berikutan kejadian tersebut.


Pegawai Khas MB Terengganu berbincang dengan jawatankuasa setempat bagi menyalurkan bantuan segera

Tiga buah jentera bomba dari balai Kerteh dan Chukai tiba kira-kira 5 minit setelah rumah yang dibina dengan struktur kayu tersebut musnah 90 peratus. Dijangkakan kerugian mencecah RM30ribu.

Beberapa organisasi turut membantu keluarga mangsa dengan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban seperti Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kijal, Jawatankuasa Keselamatan Kampung Tengah, Kg Che Wan dan Kg Ibai Penunjuk.Pergerakan Pemuda UMNO Dun Kijal dan penduduk Kampung.

 Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dalam kejadian tersebut Punca kejadian sedang disiasat.

SUMBER : APMT KIJAL

1 ulasan: