SEGALANYA BERMULA DI SINI

JUMPA KAMI DI FACEBOOK KHIDMAT MASYARAKAT DUN KIJAL

Rabu, 30 November 2011

Looking for the best BIS plan? At the cheapest rate? Get #UMobileBIS , and U can win a BB too!

Looking for the best BIS plan? At the cheapest rate? Get #UMobileBIS , and U can win a BB too!

JBK : KESULITAN HARI INI DEMI MASA DEPAN ...


Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmatNya mengizinkan pemimpin-pemimpin yang dianugerahkan kepada rakyat Terengganu dan Malaysia melaksanakan pembangunan untuk rakyat.

Dengan terbinanya JAMBATAN BUKIT KUANG (JBK) baru ini, menunjukkan kerajaan dibawah pimpinan YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib (pusat) dan YAB Dato' Seri Haji Ahmad (Negeri) mempunyai hubungan yang cukup baik diantara dua kerajaan ini. Inilah pentingnya rakyat mempunyai 2 entiti berbeza namun punyai kombinasi yang sama.

Dibawah slogan " Mendahulukan rakyat " & " Merakyatkan Pembangunan " terbukti dengan membina jambatan kepentingan rakyat ini. Menjadi laluan utama mencari rezeki maka bersyukurlah diatas limpahan rahmat Allah ini dan berterima kasih kepada Kerajaan Bina Nusa ini.

Memang pemimpin ini orang politik namun mereka berpolitik demi keutuhan Agama Bangsa dan Negara,

Rabu, 19 Oktober 2011

JOM NGAIL DI SUNGAI YAK YAH, IBOK KIJAL

LETIH DENGAN KERJA...
BORING DENGAN KESESAKAN...
TIADA AKTIVITI HUJUNG MINGGU...
JOM NGAIL DI SUNGAI YAK YAH...IBOK
ADA UDANG GALOH LAGI TU.....
 SEBELAH MALAM BOLEH TENGOK KLIP2-KLIP TU
 


RM 15/SEORANG ( siap ada driver lagi kat sungai tu)

KENA TEMPAH LAH DULU

maklumat lanjut : harapankini/facebook

JAMBATAN BUKIT KUANG



KIJAL,  Kesulitan dan kesesakan pengguna jalan Bukit Kuang -Kijal dapat diatasi setelah siapnya pembinaan Jambatan Baru Bukit Kuang yang kini dalam proses pembinaan.

Rakyat seluruh Kijal dan Kemaman mengucapkan terima kasih di atas usaha kerajaan Negeri dibawah kepimpinan YAB Dato' Seri Haji Ahmad Bin Haji Said bersama Kerajaan Pusat yang telah mengambil tindakkan bijak dalam menyelesaikan masalah masyarakat di Kemaman ini.

Walaupun proses pembinaan jambatan ini mengundang masalah kesesakan jalan yang teruk terutama di waktu puncak ia merupakan sesuatu yang mesti diterima walaupun pahit.
Namun demikian altenatif laluan Ibok menjadi pilihan bagi pengguna yang tidak menggemari tersepit dalam kesesakan. perbezaan 8km bukan menjadi faktor penghalang untuk turut sama dalam kesesakan di Jambatan Bukit Kuang.


KKBC p/s: Keputusan terbaik untuk rakyat...


Ahad, 9 Oktober 2011

Pelancaran RV Discovery UMT

Pelancaran RV Discovery UMT



Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berkenan berangkat merasmikan Majlis Pelancaran Kapal Latihan dan Penyelidikan Research Vessel Discovery (RV Discovery) milik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Riyaz Heritage Resort & Spa, Pulau Duyong, semalam.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin turut berkenan mengiringi baginda bagi menyempurnakan majlis itu.

Keberangkatan tiba Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah yang juga Canselor UMT disambut, Pro-Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman; Yang Dipertua Dun; Datuk Tengku Putera Awang; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahmad Razif Abd Rahman, Khazan Che Mat dan Naib Canselor UMT.

Pada majlis perasmian itu, Tuanku Nur Zahirah berkenan menandatangani plak perasmian sebagai gimik pelancaran kapal RV Discovery.

Naib Canselor UMT, Datuk Profesor Dr Aziz Deraman berkata, kapal bernilai lebih RM15 juta itu dibina khusus bagi tujuan penyelidikan oseanografi dengan dengan dilengkapi teknologi terkini setanding kapal penyelidikan luar negara dengan keupayaan belayar sejauh lebih 4,000 batu nautika tanpa mengisi minyak dan mampu berada selama dua minggu di lautan.

Selasa, 27 September 2011

SUNGAI MAS BANJIR LAGI

 Kijal 26/9/2011:-Hujan lebat dan angin kencang yang melanda Kijal dan beberapa kampung lain di Daerah Kemaman telah menyebabkan banjir kilat di Kampung Sungai Mas.

10 buah keluarga terjejas akibat banjir tersebut, hujan yang bermula jam 6.30 petang itu menyebabkan air sungai melimpah hingga memasukki rumah-rumah di Kampung Sungai Mas tersebut. Turut menjadi mangsa, Ketua Wanita UMNO Cawangan Sungai mas, namun demikian air banjir kembali surut sejam kemudian.

Pada jam 10.00 malam, beberapa wakil Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kijal dan pemuda UMNO DUN Kijal telah tiba bagi memberi bantuan awal.

Hampir sebilangan besar mangsa banjir kilat tersebut terpaksa bermalam di Masjid dan jiran-jiran terdekat akibat rumah yang masih berselerakan dan tidak mampu dibersihkan akibat kerosakan punca air.

Pada jam 2.00 petang ini, pihak Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kijal yang diketuai En. Wan Mohamad Hisham Bin Wan Abdul Hamid, Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu (Kemaman) memberi bantuan hamper dapur bagi semua mangsa. Pihak YAB Dato' Seri Hj Ahmad Bin Said merakamkan rasa dukacita diatas permasalahan semua mangsa banjir kilat tersebut.

YAB Dato' Seri Menteri Besar dijangka akan melawat Kampung Sungai Mas pada 2 Oktober ini bagi menyelesaikan masalah banjir berulang yang dihadapi sebahagian penduduk kampung tersebut.


KKBS: Sesibuk mane pun Dato' Seri, ada masa sokmo untuk rakyat di DUN Kijal ...Terima kasih Dato' Seri Hj Ahmad Said...

4 BUAH RUMAH DILANDA RIBUT

KIJAL 27/9/2011 :- Awal malam tadi telah berlaku angin kencang dan hujan lebat di seluruh daerah Kemaman. Kijal tidak terlepas daripada fenomena alam tersebut. 4 buah rumah telah mengalami kerosakan akibat daripada angin kencang yang bermula sekitar jam 6.30 petang. 2 buah rumah di Kampung Tengah Kijal dan masing-masing sebuah rumah di Kampung Titian Berayun dan Perumahan Taman Rakyat Bestari Bukit Kuang.

Semua kediaman tersebut mengalami kerosakan atap akibat diterbangkan angin kencang yang berlaku hampir 2 jam sahaja. Antara yang paling teruk adalah kediaman di Kampung Titian Berayun, Kijal.

Pada sebelah petang tadi, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Terengganu YBhg En. Wan Mohamad Hisham Bin Wan Abdul Hamid telah turun meninjau kerosakan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa ribut tersebut. Bantuan segera dihulurkan dengan menggantikan atap-atap yang rosak.

Beliau bagi pihak ADUN Kijal ( YAB Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said )  merakamkan ucapan dukacita di atas masalah yang menimpa semua mangsa fenomena alam tersebut dan berharap semua mangsa bersabar di atas dugaan ini. Beliau bagi pihak YAB Dato' Seri Menteri Besar merangkap ADUN Kijal juga akan berusaha membantu mangsa-mangsa membaikpulih kerosakan dengan segera.

Dalam kejadian itu juga, sebuah bangsal memasak air nira turut mengalami kerosakan yang serius, hasil daripada tinjauan beliau. Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kijal bersetuju membaikpulih bangsal tersebut yang merupakan sumber pendapatan bagi En.Khalid yang tinggal di Kampung Meraga Beris.

Namun demikian tiada kemalangan jiwa dan jumlah kerugian sedang disiasat.

KKBS: Bagus ada pemimpin-pemimpin yang sentiasa peka dengan masalah rakyat...Hok gini yang kita nok...TERIMA KASIH MB