SEGALANYA BERMULA DI SINI

JUMPA KAMI DI FACEBOOK KHIDMAT MASYARAKAT DUN KIJAL

Ahad, 30 Januari 2011

Pembangunan Untuk Rakyat





Kijal- Bukit Kijal bakal dikenali ramai apabila terbinanya sebuah hospital jantung Negeri Terengganu. Kerajaan dibawah kepimpinan YAB Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said telah merancang untuk membangunkan sebuah hospital yang berbentuk pelancongan.

Dengan terbina hospital tersebut dijangka ekonomi masyarakat dikijal juga turut membangun. terdapat pelbagai peluang pekerjaan dan perniagaan dapat dijalankan disekitar kijal.



Pihak kepimpinan negeri dan setempat berharap masyarakat dikijal mengambil peluang terbaik dengan terbinanya hospital tersebut.


Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan

Pembangunan Untuk Rakyat

Khamis, 27 Januari 2011

CADANGAN SEHARI DI KIJAL



CADANGAN SEHARI DI KIJAL



MASA

DESTINASI

AKTIVITI

JARAK DARI BANDAR BARU KIJAL

KOS

8.00 PAGI

TIBA DI KIJAL




9.00 PAGI

KE MINI ZOO BUKIT TAKAL,KIJAL

Mempelajari kehidupan haiwan dalam realiti hutan sebenar.

Keunikan zoo mini ini dibina dalam ladang buah-buahan

30 minit

Rm 10 /dewasa

Rm 5/kanak2

3.00 PTG

AKTIVITI DESA

Membeli Nisan Nyior ( Manisan)

Melawat ladang Kelapa Pandan

Melawat Perusahaan Jelly Kelapa Pandan

Ukiran Sarung Keris

10 minit


5.00 PTG

PANTAI TELOK KALONG

Beriadah bersama keluarga di pantai yg menarik.

15 minit

PERCUMA

6.30 PTG

KELIP-KELIP MALAM

Menyusuri Sungai Ibok dalam menikmati keindahan kelip-kelip malam

20 minit

Rm 15/dewasa

8.00 MALAM

NIKMATI IKAN BAKAR

RESTORAN DI KG BUKIT KUANG

RESTORAN DI KG MERAGA BERIS

10 MINIT


Rabu, 26 Januari 2011

PROGRAM PENYAMPAIAN E-BOOK KIJAL 2011

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA PROGRAM PENYAMPAIAN E-BOOK BAGI DUN KIJAL SEBAGAIMANA BERIKUT

TARIKH : 13hb FEBUARI 2011

MASA : 8.00 PAGI * Sarapan pagi disediakan

TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN KIJAL

Disempurnakan Oleh : YAB Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said Menteri Besar Terengganu


MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN


TERBUKTI KERAJAAN MENGUTAMAKAN RAKYAT
TERIMA KASIH KERAJAAN TERENGGANU

Selasa, 25 Januari 2011

Isnin, 24 Januari 2011

YA ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU

Ya Allah kepadamu Aku memohon, agar Engkau peliharakanlah Negeri Terengganu.
Jauhkanlah negeriku dari segala malapetaka bahaya,
Jauhkanlah negeriku dari segala pengkhianat bangsa,
Kuatkanlah pemimpin-pemimpin negeriku dalam mentadbir urusanya,
Satukanlah hati-hati kami dalam mengharungi rintangan dan halangan dinegeri kami,
Majukanlah negeri kami, jadikan kami satu bangsa yang dihormati,
sebuah negeri yang dikagumi dan negara disanjungi.

Ya Allah kepada Mu Aku berserah,
Kekalkanlah pemerintahan ini agar generasi kami terus menikmati hasil bumi
dan anugerah Mu sebagaimana kami nikmati hari ini,

Ya Allah Ya Rabbi Ya Rahim






PANTAI TELOK KALONG DESTINASI RIADAH KELUARGA





Pantai Telok Kalong merupakan destinasi Pelancongan yang menarik untuk seisi keluarga.

Berdekatan dengan pelabuhan Kemaman membolehkan setiap pengunjung berpeluang menyaksikan keluar masuk kapal-kapal industri minyak.

Pantai yang luas, bersih dan diredupi pohon-pohon rendang merupakan satu ruang destinasi perkelahan bersama teman-teman dan keluarga.

Pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik dapat dijalankan disini. seperti berkelah, berkhemah dan beriadah.

Jika ingin aktiviti bermalam hendaklah memaklumkan kepada pihak JKKK Telok Kalong bagi keselamatan dan memudahkan urusan berkaitan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.


PANTAI TELUK KALONG DESTINASI ANDA DAN KELUARGA

SENJA DI PANTAI MARINA


Wahai manusia, Allah tidak menjadikan sesuatu itu hanya untuk sia-sia, ia akan memberi menfaat kepada yang berfikir. Berbeza diantara orang yang mengetahui dan tidak mengetahui.

Jika kesepian, pantailah teman mu,
Jika kesunyian, Ombaklah Iramamu,
Jika kegelapan, Mataharilah sinar mu,
Jika Kebosanan, DI MARINA lah destinasimu,

Jauh dari gangguan memekik deruman enjin kereta,
Jauh dari tiupan angin berasap,
Jauh dari tuan yang sentiasa memerintah,
Jauh dari insan yang menghancur jiwa,

DESTINASI MARINA PENGHIBUR JIWA..

kemudahan sedia ada...Untuk anda dan keluarga



KEINDAHAN PANTAI PENUNJUK




Bosan? Berserabut ? Perlukan Ketenangan ?

Ayuh ke Pantai Penunjuk Kijal.

Anugerah Allah kepada kita seluas mata memandang alunan ombak sepanjang persisir pantai.
Riuh rendah tawa anak-anak kecil bermain ombak. Desiran angin membelah dedaun rhu.

Suasana pantai yang menarik, dihiasi pula bot-bot kecil nelayan menggambarkan suasana perkampungan nelayan.

Baringlah dipepasir, renunglah dilangit, nikmatilah keindahan alam bersama nyanyian merdu deruman ombak diselangi suara camar di awangan.

Pantai Penunjuk Kijal sentiasa melambai-lambai kehadiran anda dan keluarga...



Ahad, 23 Januari 2011

HOMESTAY ATAU RUMAH TUMPANGAN DI KIJAL

ANDA MENCARI HOMESTAY?
ANDA MENCARI RUMAH TUMPANGAN?
HANYA DI KIJAL

KAMI PEMUDAHCARA ANDA...

HUBUNGI KAMI

( 24jam )

di kedamaian_ubi@yahoo.com
rm280 hingga rm350 sehari semalam


NISAN NYIOR BERIS MERAGA



NISAN NYIOR

TAHUKAH ANDA? Nisan perlu dimasak selama 3-4 jam bagi menghasilkan kualiti yang baik dan tahan lama.

KG MERAGA BERIS, Nisan nyior merupakan salah satu produk yang dihasilkan menggunakan bahan daripada kelapa.

Untuk menghasilkan NISAN NYIOR ini, penyadak perlu membuat persedian awal bagi memastikan nisan nyior yang dihasilkan bersih berkualiti dan tahan lama. Dengan memilih pokok yang mengeluarkan air nira yang banyak dan pokok yang bebas daripada penggunaan racun yang tinggi menyebabkan nisan nyior yang dihasilkan enak dan tahan lama.

Kampung Meraga Beris,Kijal memiliki 83 hektar ladang kelapa pandan yang mampu menampung permintaan kelapa diseluruh Kemaman namun demikian kehadiran pelancong ke Kijal selepas terbinanya pusat pelancongan menyebabkan permintaan kepada pengeluaran kelapa semakin tinggi. Hal ini menyebabkan penduduk tempatan membuka 45 hektar kelapa pandan lagi bagi menampung permintaan tersebut.

Disamping penjualan kelapa pandan, nira juga menjadi produk sampingan daripada hasil pertanian tersebut dimana nira tersebut akan menghasilkan nisan Nyior selepas menjalani prosesmasakan selama 3-4 jam.

Dengan mengekalkan teknologi tradisional menambahkan lagi keenakan Nisan tersebut. Penggunaan relau daripada tanah liat, kawah dan kayu sodek serta bahan api daripada kayu meningkatkan kualiti dan keaslian Nisan Nyior Meraga Beris ini.

Namun demikian, untuk sebarang tempahan memerlukan masa 5 hingga 10 hari bagi setiap tempahan berikutan terdapat permintaan yang tinggi. Hal demikian bergantung kepada kemampuan penyadak dalam menghasilkan kuantiti Nisan Nyior tersebut.

JIKA BERMINAT DENGAN KEASLIAN NISAN NYIOR TERSEBUT, SILA KE KG MERAGA BERIS KIJAL JALAN BELAKANG MASJID KG MERAGA BERIS.

SEMOGA INFORMASI INI MEMBANTU ANDA DAN PENIAGA TEMPATAN



Rabu, 19 Januari 2011

ROJAK AYAM PAK DIN


Rojak Ayam pak Din

Pak Din Kedai dikenali ramai terutamanya penduduk sekitar kijal. Dengan perusahaan kedai makan dibangunan MPK (tapak lama pasar kijal) telah menyebabkan beliau semakin dikenal ramai.

Kedai makannya beroperasi bermula jam 7 pagi sehingga 11 malam bersebelah Pusat Bestari.Com DUN Kijal namun makanan paling istimewa bagi Kedai Pak Din adalah ROJAK AYAM PAK DIN.

Campuran mee kuning,ayam goreng, tauhu,jemput-jemput dan kuah kacang merupakan adunan asas dalam menyediakan ROJAK AYAM namun demikian bukan semua pembuat rojak Berjaya menghasilkankROJAK AYAM yang berkualiti bersih dan sedap dimakan.


Hasil resepi PAK DIN, Rojak ayamnya kian digemari ramai. Jualan rojak ayam bermula jam 3 petang hingga 7 petang sahaja jika terlewat pasti semua “SOLD OUT”. Pelbagai golongan dan kaedah dalam memastikan rojak di “BOOKING”. Ada yang dating sendiri, telefon atau pun kiriman melalui kawan-kawan yang melalui kedai pak din. Yang penting bagi mereka menikmati rojak pak din.

JIKA INGIN MENIKMATI ROJAK PAK DIN… sila datang ke Kedai Pak Din dibanguna MPK (tapak lama pasar Kijal) hadapan Balai Polis Kijal







Selasa, 18 Januari 2011

POK YA UKIR KERIS

UKIRAN KERIS

Ukiran keris merupakan warisan berzaman peninggalan nenek moyang kita masyarakat di Malaysia terutama di Terengganu.
Di Kijal terdapat seorang pengukir keris yang tersohor, Pok Ya Ngukir nama yang tidak asing lagi bagi penggemar seni ukiran.

Pok Ya atau nama sebenar En Zakaria Bin Muhamad merupakan pengukir ukiran seni pada hulu keris dan sarung keris. Pelbagai ukiran telah dibuat dan ditempah oleh pelanggan.

Setiap tempahan memakan masa 2 hingga 3 bulan bergantung saiz dan jenis ukiran.

bagi yang berminat boleh ke kediaman POK YA di Kg Tengah Kijal...sekian

KIJAL KE ARAH KEMAJUAN


KIJAL- JAN 2011 Bandar baru Kijal kini semakin mejadi realiti. Hasrat dan impian masyarakat Kijal akhirnya menemui jalan penentu.

Dengan terbinanya "GIANT" pasaraya pertama di Kijal menjadi mercu tanda bermula perubahan lanskap ekonomi dan pembangunan di KIJAL.

Bagi anak muda kijal mengucapkan jutaan terima kasih di atas kepimpinan YAB Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said dan barisan kepimpinan yang sentiasa bersama telah mencetuskan idea bagi membuka peluang ekonomi setempat dan peluang pekerjaan di bumi sendiri.

Dalam pada itu, dikhabarkan kepada kita satu hospital turut akan dibina di KIJAL, bersyukurlah kepada ALLAH kerana dikurniakan Negeri dan Negara yang bertuah ini.