SEGALANYA BERMULA DI SINI

JUMPA KAMI DI FACEBOOK KHIDMAT MASYARAKAT DUN KIJAL

Ahad, 7 Ogos 2011

PROGRAM ZIARAH RAMADHAN BERSAMA MENTERI BESAR TERENGGANU



Kijal ( 6 Ogos ) – Kesibukan seharian YAB Dato Seri Haji Ahmad Bin Haji Said dalam menjalankan amanah sebagai pemimpin utama Negeri Terengganu tidak menghalang beliau untuk memberi ruang dan masa kepada masyarakat yang diwakili beliau  di dalam DUN .
Sudah menjadi kelaziman bagi beliau akan meluangkan masa di dalam bulan ramadhan kepada masyarakat di DUN Kijal terutama golongan yang kurang bernasib baik. Beliau sedayaupaya akan membantu dan memberi sokongan agar kekurangan diri tidak menjadi penghalang untuk meneruskan hidup.
Beginilah “ Keprihatinan MB Terengganu yang sentiasa mengutamakan rakyat “
Program MB Jelajah Ramadhan
Program bermula pada jam 9.00 pagi pada Jumaat (5 Ogos 2011) di Kg Bukit Anak Dara. Seramai 10 peneriman bantuan zakat dan beberapa orang sakit telah dilawati Menteri  Besar yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal sejak 1990.
Dalam tempoh 2 hari ini, YAB Dato Seri telah melawat seluruh DUN Kijal yang mempunyai 26 JKKK dan 28 Cawangan di mana hampir 300 penerima bantuan zakat dan bantuan miskin telah agihkan dengan sempurna. Berkesempatan itu juga beliau juga berkesempatan berterawih bersama masyarakat di Masjid Payoh dan Masjid Ar-Rahman Kg Bukit Kuang.
Program tersebut turut dibantu dengan Penyelaras UMNO Dun Kijal , jentera Wanita UMNO, Pemuda UMNO dan Puteri UMNO Bahagian Kemaman serta sayap-sayap penyelaras UMNO Dun Kijal.
Majlis berbuka Puasa di Masjid Seri Bandi
Pada malam tadi, sempena Jelajah Ramadhan bersama MB ini telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa bersama masyakat Seri Bandi. Majlis tersebut turut dihadiri beberapa pemimpin tempatan dan daerah.
Majlis yang diadakan diperkarangan Masjid Bandar Seri Bandi, Kijal ini turut mengagihkan bantuan anak yatim kepada anak-anak yatim di Peti Undi Seri Bandi dan Peti Undi Padang Kubu. Seramai 71 penerima bantuan anak yatim telah hadir menerima bantuan tersebut daripada pemimpin yang disayangi ini.
P/s :
KK amat terharu dengan kesungguhan pemimpin masyarakat menunaikan amanah mereka tanpa mengira latar belakang politik.
“GUNA POLITIK UNTUK RAKYAT BUKAN GUNA RAKYAT UNTUK BERPOLITIK”
Terima kasih banyak-banyak…Rakyat Kijal sentiasa sokong penuh MB Terengganu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan