SEGALANYA BERMULA DI SINI

JUMPA KAMI DI FACEBOOK KHIDMAT MASYARAKAT DUN KIJAL

Sabtu, 20 Ogos 2011

YAB DATO' SERI HAJI AHMAD MENYAMPAIKAN BANTUAN ZAKAT LAGI

Jumaat 19 Ogos 2011 bersamaan 19 Ramadhan 1432H :- Ramadhan membawa seribu rahmat terutama bagi mereka yang sentiasa bersyukur kepada nikmat Allah taala. Hari ini YAB Dato’ Seri Haji Ahmad telah menyampaikan zakat dan bantuan kepada asnaf yang 8 sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Kediaman beliau di Telok Kalong.
Pihak Telekom Malaysia Terengganu dan EPIC telah mengeluarkan zakat hasil daripada keuntungan syarikat. Menurut YAB Dato’ Seri, kedua-dua syarikat tersebut merupakan antara anak- anak syarikat kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang telah mendapat keuntungan sehinggakan mampu mengeluarkan zakat hampir RM 1juta. Kebijaksanaan pemimpin Barisan Nasional yang telah memimpin kerajaan membolehkan hasil negara diagihkan kepada mereka yang memerlukan setelah menikmati keuntungan yang amat baik.
Kestabilan politik tanah air merupakan aspek utama dalam usaha menarik pelabur ke negara dan negeri ini.  Sebahagian daripada pembangkang berhasrat melihat negara kita dalam kucar-kacir dan ekonomi yang tidak menentu semata-mata ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia.  Oleh demikian KK berharap agar rakyat menilai kerajaan hari ini dengan hati yang bersih dan ikhlas tanpa hasat dengki agar keamanan dan kesejahteraan kita hari ini diwarisi kepada anak-anak kita pula.
“MOLEK DOH LENING…TERIMA KASIH DATO MAT”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan