SEGALANYA BERMULA DI SINI

JUMPA KAMI DI FACEBOOK KHIDMAT MASYARAKAT DUN KIJAL

Selasa, 26 Julai 2011

AGIHAN BUAH KURMA DAN AIR ZAM_ZAM

Salam  1Terengganu  semua pembaca kijalkini  , Alhamdulillah kini bulan yang paling istimewa akan kembali tidak lama lagi.  BULAN RAMADHAN AL MUBARAK bulan yang mulia. Keberkatan bulan ini marilah sama-sama kita mengambil peluang sebaiknya setelah diberi ruang oleh Allah (SWT).
Sempena bulan yang mulia ini juga , kerajaan Negeri Terengganu telah menyediakan sedikit buah kurma dan air Zamzam untuk seluruh umat Islam di Bumi Terengganu. Ini merupakan tindakan baik kerajaan bagi menyalurkan nikmat hasil daripada limpahan ekonomi negeri kepada rakyat Terengganu terutama rakyat yang tidak berkemampuan untuk menikmati air zam-zam dan kurma terbaik dibulan puasa ini.
Dengan penuh kepercayaan pihak kerajaan telah memberi tanggungjawab kepada semua JKKK di seluruh negeri untuk mengagihkan kurma dan air zam zam tersebut kepada seluruh rakyat Terengganu pada bulan ramadhan kali ini.
Bagi pendapat penulis, marilah kita sama-sama berdoa sempena kehadiran bulan Ramadhan ini agar Kerajaan Terengganu terus cemerlang dalam merealisasikan hasrat memajukan Negeri Terengganu dan memartabatkan rakyat dengan ILMU.
Semoga kita mewarisi negeri Darul Iman ini kepada generasi yang tinggi ilmunya dan berakhlak terpuji disamping ketaqwaan yang berterusan kepada MAHA PENCIPTANYA ( ALLAH SWT).

“YA ALLAH SATUKAN HATI-HATI PEMIMPIM KAMI DALAM MENTADBIR BUMI TERENGGANU INI ”
&
“ SATUKAN JUA UMAT-UMAT MU INI DEMI MENCAPAI CITA-CITA KE ARAH MENDAULATKAN ISLAM TANPA PEPECAHAN SESAMA SENDIRI ”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan