SEGALANYA BERMULA DI SINI

JUMPA KAMI DI FACEBOOK KHIDMAT MASYARAKAT DUN KIJAL

Sabtu, 27 Ogos 2011

PERTANDINGAN PELITA RAYA MERDEKA


Kijal- 27 Ogos 2011- Kemeriahan sambutan hari raya kian terasa. ditambah pula dengan kehadiran ulangtahun kemerdekaan negara kali ke 54.

Persatuan Belia Wawasan Seri Meraga bersama Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Beris Meraga dan UMNO Cawangan serta JKKK Beris Meraga telah menganjurkan pertandingan PELITA RAYA MERDEKA. Ini merupakan program julung kali yang di adakan di Kg tersebut.

Program ini dilaksanakan bagi mengembalikan noslagia dulu-dulu yang kini semakin ditelah zaman. Golongan belia kini semakin meninggalkan budaya dan trend orang-orang dulu dalam memeriahkan sambutan malam raya.

Dalam program tersebut seramai 25 peserta telah menghias kediaman masing-masing dengan pelita dan jalur gemilang. Pelbagai dekorasi dan kretiviti dipamerkan oleh peserta-peserta tersebut.

 Tempat pertama telah dinobatkan kepada Saudara Ridhuan Mohamad (LUPE) hasil daripada 5 juri terpilih yang mengadili pertandingan tersebut. Beliau membawa pulang wang tunai rm500 bersama hamper. Naib Johan dimiliki oleh keluarga Pok De rendang ( YahYa Mamat) membawa pulang RM 300 ber sama hamper dan tempat ketiga membawa pulang RM 200 bersama hamper menjadi milik POK Su Abu.



Akhirnya , majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Roshali Bin Taha, Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) merangkap Setiausaha Penyelaras UMNO Dun Kijal.

P/s : Tahniah penganjur dan jawatankuasa penganjur, Tahun depan buat GRAND PLOK...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan