SEGALANYA BERMULA DI SINI

JUMPA KAMI DI FACEBOOK KHIDMAT MASYARAKAT DUN KIJAL

Sabtu, 23 Julai 2011

PERGINYA SEORANG PEJUANG!!!

Pihak KIJALKINI dan masyarakat Kijal seluruhnya mengucapkan Tahziah kepada Keluarga Allahyarham Azihan Bin Aziz (gambar)yang telah kembali Kerahmatullah pada JUMAAT ( 15 Julai 2011 ). Beliau telah kembali kerahmatullah pada awal subuh di penghulu hari tersebut.

Pemergian beliau meninggalkan kesan mendalam kepada barisan kepimpinan di Kemaman dan Kijal terutama saf-saf pemuda. Beliau meninggalkan seorang balu dan 3 cahaya mata. Isteri Allahyarham merupakan seorang yang aktif dan organisasi di Kijal dan Kemaman. Puan Shaheda Binti Jusoh merupakan Pegawai Penyelia APMT Parlimen Kemaman dan Pengerusi Penyelaras Puteri UMNO Dun Kijal yang kini bakal menyambut kelahiran anak keempat pada bulan Oktober nanti.

Allahyarham Azihan Bin Aziz

" Ya Allah sesungguhnya kematian ini benar namun demikian rahmatilah beliau dan peliharakanlah roh beliau serta tempatkanlah bersama mereka yang engkau redhai" amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan