SEGALANYA BERMULA DI SINI

JUMPA KAMI DI FACEBOOK KHIDMAT MASYARAKAT DUN KIJAL

Ahad, 24 Julai 2011

PROGRAM PENYAMPAIAN NETBOOK DUN KIJAL

Isnin ( 25 Julai 2011)- Majlis penyampaian Netbook 1 Malaysia telah sempurna dijalankan di Dewan Utama, ITC-TATiUC Kijal Kemaman. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Haji Ahmad Shabery Bin Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kemaman.


Program ini merupakan salah satu program kerajaan untuk rakyat dalam aspek pendidikan. Tanpa mengira latarbelakang politik keluarga ,pihak pengurusan mengagihkan kepada 606 penerima set komputer tersebut daripada 2 buah sekolah di Dun Kijal.

Dalam ucapan Yang Berhormat, beliau menekankan agar semua penerima Netbook ini menggunakan ruang dan peluang ini untuk kebaikan demi masa depan dan diharapkan kesan jangka panjang semua pelajar ini akan mampu membantu kerajaan dalam usaha meningkatkan sosia-ekonomi rakyat.

Bagi pandangan penulis, pelajar-pelajar  kini beruntung kerana sentiasa mendapat perhatian daripada kerajaan
dalam pendidikan. Ini merupakan kesan mempunyai sebuah kerajaan yang stabil dan berwawasan serta mampu mengurus sumber negara dengan baik untuk rakyat.

"TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan