SEGALANYA BERMULA DI SINI

JUMPA KAMI DI FACEBOOK KHIDMAT MASYARAKAT DUN KIJAL

Selasa, 27 September 2011

SUNGAI MAS BANJIR LAGI

 Kijal 26/9/2011:-Hujan lebat dan angin kencang yang melanda Kijal dan beberapa kampung lain di Daerah Kemaman telah menyebabkan banjir kilat di Kampung Sungai Mas.

10 buah keluarga terjejas akibat banjir tersebut, hujan yang bermula jam 6.30 petang itu menyebabkan air sungai melimpah hingga memasukki rumah-rumah di Kampung Sungai Mas tersebut. Turut menjadi mangsa, Ketua Wanita UMNO Cawangan Sungai mas, namun demikian air banjir kembali surut sejam kemudian.

Pada jam 10.00 malam, beberapa wakil Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kijal dan pemuda UMNO DUN Kijal telah tiba bagi memberi bantuan awal.

Hampir sebilangan besar mangsa banjir kilat tersebut terpaksa bermalam di Masjid dan jiran-jiran terdekat akibat rumah yang masih berselerakan dan tidak mampu dibersihkan akibat kerosakan punca air.

Pada jam 2.00 petang ini, pihak Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kijal yang diketuai En. Wan Mohamad Hisham Bin Wan Abdul Hamid, Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu (Kemaman) memberi bantuan hamper dapur bagi semua mangsa. Pihak YAB Dato' Seri Hj Ahmad Bin Said merakamkan rasa dukacita diatas permasalahan semua mangsa banjir kilat tersebut.

YAB Dato' Seri Menteri Besar dijangka akan melawat Kampung Sungai Mas pada 2 Oktober ini bagi menyelesaikan masalah banjir berulang yang dihadapi sebahagian penduduk kampung tersebut.


KKBS: Sesibuk mane pun Dato' Seri, ada masa sokmo untuk rakyat di DUN Kijal ...Terima kasih Dato' Seri Hj Ahmad Said...

4 BUAH RUMAH DILANDA RIBUT

KIJAL 27/9/2011 :- Awal malam tadi telah berlaku angin kencang dan hujan lebat di seluruh daerah Kemaman. Kijal tidak terlepas daripada fenomena alam tersebut. 4 buah rumah telah mengalami kerosakan akibat daripada angin kencang yang bermula sekitar jam 6.30 petang. 2 buah rumah di Kampung Tengah Kijal dan masing-masing sebuah rumah di Kampung Titian Berayun dan Perumahan Taman Rakyat Bestari Bukit Kuang.

Semua kediaman tersebut mengalami kerosakan atap akibat diterbangkan angin kencang yang berlaku hampir 2 jam sahaja. Antara yang paling teruk adalah kediaman di Kampung Titian Berayun, Kijal.

Pada sebelah petang tadi, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Terengganu YBhg En. Wan Mohamad Hisham Bin Wan Abdul Hamid telah turun meninjau kerosakan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa ribut tersebut. Bantuan segera dihulurkan dengan menggantikan atap-atap yang rosak.

Beliau bagi pihak ADUN Kijal ( YAB Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said )  merakamkan ucapan dukacita di atas masalah yang menimpa semua mangsa fenomena alam tersebut dan berharap semua mangsa bersabar di atas dugaan ini. Beliau bagi pihak YAB Dato' Seri Menteri Besar merangkap ADUN Kijal juga akan berusaha membantu mangsa-mangsa membaikpulih kerosakan dengan segera.

Dalam kejadian itu juga, sebuah bangsal memasak air nira turut mengalami kerosakan yang serius, hasil daripada tinjauan beliau. Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kijal bersetuju membaikpulih bangsal tersebut yang merupakan sumber pendapatan bagi En.Khalid yang tinggal di Kampung Meraga Beris.

Namun demikian tiada kemalangan jiwa dan jumlah kerugian sedang disiasat.

KKBS: Bagus ada pemimpin-pemimpin yang sentiasa peka dengan masalah rakyat...Hok gini yang kita nok...TERIMA KASIH MB

Ahad, 11 September 2011

MERIAHKANYA RUMAH TERBUKA MENTERI BESAR TERENGGANU


MERIAH- Suasana sambutan Rumah Terbuka Menteri Besar Terengganu di Kediaman Telok Kalong


KIJAL- 12 September 2011  YAB Dato Seri Haji Ahmad Bin Haji Said telah mengadakan  Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Kediaman belia di Telok kalong.  Majlis ini merupakan salah satu majlis yang lazimnya akan diadakan pada setiap tahun semenjak beliau bergelar YB ADUN Kijal.
Majlis Rumah Terbuka ini bermula jam 9.00 pagi hingga jam 3.30 petang  namun demikian telah menjadi kebiasaan akan menganjak hingga 2 jam berikutnya.
Penulis berkesempatan berada di majlis tersebut yang dihiburkan penyanyi dan pelawak  tempatan (Mat Over ) dan artis SUKTRA . Majlis tersebut cukup meriah & manjadi suatu tempat bertemu rakan-rakan serta kenalan yang tidak berkesempatan beraya  pada sebelum ini.


SESAK…Tetamu hadir memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Menteri Besar Terengganu

Pada pemerhatian penulis, hampir lebih 15 000 orang tetamu telah hadir pada majlis tersebut.  Ini menunjukkan YAB Dato Seri sentiasa dihati masyarakat kijal dan Kemaman serta Terengganu.

KENANGAN …Pelajar-pelajar yang hadir tidak melepaskan peluang bergambar dengan Menteri Besar & Keluarga


Ahad, 4 September 2011

RUMAH TERBUKA MENTERI BESAR TERENGGANU


Assalamualaikum Wbr & Salam 1 Malaysia, 1 Terengganu
KIJALKINi.BLOGSPOT.Com dengan penuh rendah diri mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN kepada semua pengikut dan pembaca KKBC.
Semoga kehadiran Syawal pada kali ini menjadi pendorong kepada pengukuhan UKHWAH sesame insan.
KKBC juga memaparkan JEMPUTAN RUMAH TERBUKA YAB DATO SERI HJ AHMAD BIN HJ SAID Menteri Besar Terengganu merangkap ADUN KIJAL.
JOM SAMA-SAMA kita raikan bersama…mungkin di sini kita akan bertemu sahabat-sahabat yang sudah lama tak jumpa…

SELAMAT HARI RAYA SEMUA…WARGA KIJAL, KEMAMAN, TERENGGANU dan MALAYSIA