SEGALANYA BERMULA DI SINI

JUMPA KAMI DI FACEBOOK KHIDMAT MASYARAKAT DUN KIJAL

Selasa, 27 September 2011

4 BUAH RUMAH DILANDA RIBUT

KIJAL 27/9/2011 :- Awal malam tadi telah berlaku angin kencang dan hujan lebat di seluruh daerah Kemaman. Kijal tidak terlepas daripada fenomena alam tersebut. 4 buah rumah telah mengalami kerosakan akibat daripada angin kencang yang bermula sekitar jam 6.30 petang. 2 buah rumah di Kampung Tengah Kijal dan masing-masing sebuah rumah di Kampung Titian Berayun dan Perumahan Taman Rakyat Bestari Bukit Kuang.

Semua kediaman tersebut mengalami kerosakan atap akibat diterbangkan angin kencang yang berlaku hampir 2 jam sahaja. Antara yang paling teruk adalah kediaman di Kampung Titian Berayun, Kijal.

Pada sebelah petang tadi, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Terengganu YBhg En. Wan Mohamad Hisham Bin Wan Abdul Hamid telah turun meninjau kerosakan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa ribut tersebut. Bantuan segera dihulurkan dengan menggantikan atap-atap yang rosak.

Beliau bagi pihak ADUN Kijal ( YAB Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said )  merakamkan ucapan dukacita di atas masalah yang menimpa semua mangsa fenomena alam tersebut dan berharap semua mangsa bersabar di atas dugaan ini. Beliau bagi pihak YAB Dato' Seri Menteri Besar merangkap ADUN Kijal juga akan berusaha membantu mangsa-mangsa membaikpulih kerosakan dengan segera.

Dalam kejadian itu juga, sebuah bangsal memasak air nira turut mengalami kerosakan yang serius, hasil daripada tinjauan beliau. Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kijal bersetuju membaikpulih bangsal tersebut yang merupakan sumber pendapatan bagi En.Khalid yang tinggal di Kampung Meraga Beris.

Namun demikian tiada kemalangan jiwa dan jumlah kerugian sedang disiasat.

KKBS: Bagus ada pemimpin-pemimpin yang sentiasa peka dengan masalah rakyat...Hok gini yang kita nok...TERIMA KASIH MB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan