SEGALANYA BERMULA DI SINI

JUMPA KAMI DI FACEBOOK KHIDMAT MASYARAKAT DUN KIJAL

Ahad, 23 Januari 2011

NISAN NYIOR BERIS MERAGA



NISAN NYIOR

TAHUKAH ANDA? Nisan perlu dimasak selama 3-4 jam bagi menghasilkan kualiti yang baik dan tahan lama.

KG MERAGA BERIS, Nisan nyior merupakan salah satu produk yang dihasilkan menggunakan bahan daripada kelapa.

Untuk menghasilkan NISAN NYIOR ini, penyadak perlu membuat persedian awal bagi memastikan nisan nyior yang dihasilkan bersih berkualiti dan tahan lama. Dengan memilih pokok yang mengeluarkan air nira yang banyak dan pokok yang bebas daripada penggunaan racun yang tinggi menyebabkan nisan nyior yang dihasilkan enak dan tahan lama.

Kampung Meraga Beris,Kijal memiliki 83 hektar ladang kelapa pandan yang mampu menampung permintaan kelapa diseluruh Kemaman namun demikian kehadiran pelancong ke Kijal selepas terbinanya pusat pelancongan menyebabkan permintaan kepada pengeluaran kelapa semakin tinggi. Hal ini menyebabkan penduduk tempatan membuka 45 hektar kelapa pandan lagi bagi menampung permintaan tersebut.

Disamping penjualan kelapa pandan, nira juga menjadi produk sampingan daripada hasil pertanian tersebut dimana nira tersebut akan menghasilkan nisan Nyior selepas menjalani prosesmasakan selama 3-4 jam.

Dengan mengekalkan teknologi tradisional menambahkan lagi keenakan Nisan tersebut. Penggunaan relau daripada tanah liat, kawah dan kayu sodek serta bahan api daripada kayu meningkatkan kualiti dan keaslian Nisan Nyior Meraga Beris ini.

Namun demikian, untuk sebarang tempahan memerlukan masa 5 hingga 10 hari bagi setiap tempahan berikutan terdapat permintaan yang tinggi. Hal demikian bergantung kepada kemampuan penyadak dalam menghasilkan kuantiti Nisan Nyior tersebut.

JIKA BERMINAT DENGAN KEASLIAN NISAN NYIOR TERSEBUT, SILA KE KG MERAGA BERIS KIJAL JALAN BELAKANG MASJID KG MERAGA BERIS.

SEMOGA INFORMASI INI MEMBANTU ANDA DAN PENIAGA TEMPATAN



Tiada ulasan:

Catat Ulasan