Majlis penyerahan keluarga angkat berjalan dengan sempurna di kedua-dua kampung terbabit. Semua ibu bapa angkat menunggu ketibaan peserta SPORA sejak tengahari.
|
Peserta SPORA bersalaman dengan ibu angkat |
Pada peringkat awal, dijadualkan seramai 100 pelajar akan menyertai program SPORA ini namun demikian atas beberapa masalah peribadi dan keperluan lain beberapa pelajar terpaksa menarik diri daripada program tersebut.
Seramai 89 pelajar telah menyertai program ini dan diiringi 2 pegawai pengiring dan juga merupakan pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Shah Alam, Selangor.
|
En.Aruwan Ibrahim, Pegawai pengiring program menyatakan sesuatu kepada Ketua Penyelia APMT DUN Kijal |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan