SEGALANYA BERMULA DI SINI

JUMPA KAMI DI FACEBOOK KHIDMAT MASYARAKAT DUN KIJAL

Ahad, 20 Mac 2011

JAMBATAN BARU BUKIT KUANG DALAM PEMBINAAN


KIJAL- Sebuah jambatan baru kini dalam pembinaan bagi menggantikan jambatan Bukit Kuang yang sedia ada sekarang. Hal ini berikutan jambatan tersebut sudah tidak mampu lagi menampung penambahan pengguna jalanraya antara bandar Kemaman ke Dungun.

Jambatan baru yang memerlukan kos pembinaan sekitar RM180 juta tersebut bakal menjadi mercu tanda baru bagi daerah ini. Menurut ucapan YAB Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said Menteri Besar Terengganu merangkap ADUN Kijal, pembinaan jambatan tersebut akan memakan masa 3 tahun untuk siap sepenuhnya. Ia dibina dengan rekabentuk yang mementingkan kepentingan semua pihak.



Beliau menjangkakan pengguna jalanraya di daerah ini akan bertambah apabila terbinanya kilang-kilang baru di Perindustrian Telok Kalong, Kijal. Dijangka 1000 buah lori sehari akan menggunakan jambatan Bukit Kuang bagi memenuhi keperluan industri di Kawasan Industri tersebut.Oleh yang demikian rekabentuk jambatan turut mengira kepentingan lori-lori dan jentera-jentera berat yang menggunakan kemudahan tersebut.

Selain itu, ketinggian jambatan turut menjadi aspek utama dalam rekabentuk  bagi memberi ruang kepada kapal-kapal daripada perlabuhan yang dijangka menyewa tanah-tanah sekitar sungai Bukit Kuang untuk dijadikan pusat baikpulih kapal dan pusat mengisi minyak dan air.


Hal ini akan memberi peluang pekerjaan mahir dan separa mahir untuk masyarakat setempat bagi mengisi keperluan industri petroleum tersebut.

Selain daripada pembinaan jambatan tersebut, beliau juga merancang melebarkan jalan-jalan utama yang menghubungkan Kemaman dan Kuala Terengganubagi memberi keselesaan kepada pengguna jalanraya dan menarik minat pelabur untuk melabur di sini dengan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan pada hari ini.

RAKYAT KEMAMAN BERTERIMA KASIH KEPADA YAB DATO" SERI DAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU SERTA KERAJAAN PUSAT  DI ATAS PEMBINAAN JAMBATAN BUKIT KUANG YANG BARU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan