SEGALANYA BERMULA DI SINI

JUMPA KAMI DI FACEBOOK KHIDMAT MASYARAKAT DUN KIJAL

Rabu, 19 Oktober 2011

JOM NGAIL DI SUNGAI YAK YAH, IBOK KIJAL

LETIH DENGAN KERJA...
BORING DENGAN KESESAKAN...
TIADA AKTIVITI HUJUNG MINGGU...
JOM NGAIL DI SUNGAI YAK YAH...IBOK
ADA UDANG GALOH LAGI TU.....
 SEBELAH MALAM BOLEH TENGOK KLIP2-KLIP TU
 


RM 15/SEORANG ( siap ada driver lagi kat sungai tu)

KENA TEMPAH LAH DULU

maklumat lanjut : harapankini/facebook

JAMBATAN BUKIT KUANG



KIJAL,  Kesulitan dan kesesakan pengguna jalan Bukit Kuang -Kijal dapat diatasi setelah siapnya pembinaan Jambatan Baru Bukit Kuang yang kini dalam proses pembinaan.

Rakyat seluruh Kijal dan Kemaman mengucapkan terima kasih di atas usaha kerajaan Negeri dibawah kepimpinan YAB Dato' Seri Haji Ahmad Bin Haji Said bersama Kerajaan Pusat yang telah mengambil tindakkan bijak dalam menyelesaikan masalah masyarakat di Kemaman ini.

Walaupun proses pembinaan jambatan ini mengundang masalah kesesakan jalan yang teruk terutama di waktu puncak ia merupakan sesuatu yang mesti diterima walaupun pahit.
Namun demikian altenatif laluan Ibok menjadi pilihan bagi pengguna yang tidak menggemari tersepit dalam kesesakan. perbezaan 8km bukan menjadi faktor penghalang untuk turut sama dalam kesesakan di Jambatan Bukit Kuang.


KKBC p/s: Keputusan terbaik untuk rakyat...


Ahad, 9 Oktober 2011

Pelancaran RV Discovery UMT

Pelancaran RV Discovery UMT



Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berkenan berangkat merasmikan Majlis Pelancaran Kapal Latihan dan Penyelidikan Research Vessel Discovery (RV Discovery) milik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Riyaz Heritage Resort & Spa, Pulau Duyong, semalam.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin turut berkenan mengiringi baginda bagi menyempurnakan majlis itu.

Keberangkatan tiba Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah yang juga Canselor UMT disambut, Pro-Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman; Yang Dipertua Dun; Datuk Tengku Putera Awang; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahmad Razif Abd Rahman, Khazan Che Mat dan Naib Canselor UMT.

Pada majlis perasmian itu, Tuanku Nur Zahirah berkenan menandatangani plak perasmian sebagai gimik pelancaran kapal RV Discovery.

Naib Canselor UMT, Datuk Profesor Dr Aziz Deraman berkata, kapal bernilai lebih RM15 juta itu dibina khusus bagi tujuan penyelidikan oseanografi dengan dengan dilengkapi teknologi terkini setanding kapal penyelidikan luar negara dengan keupayaan belayar sejauh lebih 4,000 batu nautika tanpa mengisi minyak dan mampu berada selama dua minggu di lautan.