SEGALANYA BERMULA DI SINI

JUMPA KAMI DI FACEBOOK KHIDMAT MASYARAKAT DUN KIJAL

Sabtu, 27 Ogos 2011

PERTANDINGAN PELITA RAYA MERDEKA


Kijal- 27 Ogos 2011- Kemeriahan sambutan hari raya kian terasa. ditambah pula dengan kehadiran ulangtahun kemerdekaan negara kali ke 54.

Persatuan Belia Wawasan Seri Meraga bersama Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Beris Meraga dan UMNO Cawangan serta JKKK Beris Meraga telah menganjurkan pertandingan PELITA RAYA MERDEKA. Ini merupakan program julung kali yang di adakan di Kg tersebut.

Program ini dilaksanakan bagi mengembalikan noslagia dulu-dulu yang kini semakin ditelah zaman. Golongan belia kini semakin meninggalkan budaya dan trend orang-orang dulu dalam memeriahkan sambutan malam raya.

Dalam program tersebut seramai 25 peserta telah menghias kediaman masing-masing dengan pelita dan jalur gemilang. Pelbagai dekorasi dan kretiviti dipamerkan oleh peserta-peserta tersebut.

 Tempat pertama telah dinobatkan kepada Saudara Ridhuan Mohamad (LUPE) hasil daripada 5 juri terpilih yang mengadili pertandingan tersebut. Beliau membawa pulang wang tunai rm500 bersama hamper. Naib Johan dimiliki oleh keluarga Pok De rendang ( YahYa Mamat) membawa pulang RM 300 ber sama hamper dan tempat ketiga membawa pulang RM 200 bersama hamper menjadi milik POK Su Abu.



Akhirnya , majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Roshali Bin Taha, Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) merangkap Setiausaha Penyelaras UMNO Dun Kijal.

P/s : Tahniah penganjur dan jawatankuasa penganjur, Tahun depan buat GRAND PLOK...





Sabtu, 20 Ogos 2011

YAB DATO' SERI HAJI AHMAD MENYAMPAIKAN BANTUAN ZAKAT LAGI

Jumaat 19 Ogos 2011 bersamaan 19 Ramadhan 1432H :- Ramadhan membawa seribu rahmat terutama bagi mereka yang sentiasa bersyukur kepada nikmat Allah taala. Hari ini YAB Dato’ Seri Haji Ahmad telah menyampaikan zakat dan bantuan kepada asnaf yang 8 sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Kediaman beliau di Telok Kalong.
Pihak Telekom Malaysia Terengganu dan EPIC telah mengeluarkan zakat hasil daripada keuntungan syarikat. Menurut YAB Dato’ Seri, kedua-dua syarikat tersebut merupakan antara anak- anak syarikat kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang telah mendapat keuntungan sehinggakan mampu mengeluarkan zakat hampir RM 1juta. Kebijaksanaan pemimpin Barisan Nasional yang telah memimpin kerajaan membolehkan hasil negara diagihkan kepada mereka yang memerlukan setelah menikmati keuntungan yang amat baik.
Kestabilan politik tanah air merupakan aspek utama dalam usaha menarik pelabur ke negara dan negeri ini.  Sebahagian daripada pembangkang berhasrat melihat negara kita dalam kucar-kacir dan ekonomi yang tidak menentu semata-mata ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia.  Oleh demikian KK berharap agar rakyat menilai kerajaan hari ini dengan hati yang bersih dan ikhlas tanpa hasat dengki agar keamanan dan kesejahteraan kita hari ini diwarisi kepada anak-anak kita pula.
“MOLEK DOH LENING…TERIMA KASIH DATO MAT”

Ahad, 7 Ogos 2011

DANA RAYER KEMBALI LAGI

Assalamualaikum Wbr
Salam 1 Malaysia ………….. Salam sejahtera semua …………dan salam 1 Terengganu
Bersyukur kita kehadrat Allah (SWT) kerana dengan berkat dan rahmatNya maka sekali lagi Kerajaan Negeri Terengganu akan mengagihkan hasil bumi kepada mereka yang berkelayakan dan mereka yang memenuhi syarat sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba nanti.
DANA HARI RAYA 2011
Alhamdulillah kerajaan dibawah kepimpinan YAB Dato Seri Haji Ahmad Bin Haji Said Menteri Besar Terengganu yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu mula menyampaikan bantuan Dana Hari Raya bagi tahun 2011.
DUN KIJAL
Untuk masyarakat di DUN Kijal
Majlis penyampaian adalah sebagaimana berikut :

11 OGOS 2011
DEWAN SIVIK BUKIT KUANG
8.30 pagi
DEWAN KETENGAH SERI BANDI
10.30 Pagi

13 OGOS 2011
DEWAN SIVIK KIJAL
9.00 Pagi
DEWAN SEKOLAH PADANG KUBU
2.30 Ptg
p/s : Kerajaan Negeri Terengganu memang hebat...sejak dari dulu lagi cuma DOWN pada 1999-2004.

PROGRAM ZIARAH RAMADHAN BERSAMA MENTERI BESAR TERENGGANU



Kijal ( 6 Ogos ) – Kesibukan seharian YAB Dato Seri Haji Ahmad Bin Haji Said dalam menjalankan amanah sebagai pemimpin utama Negeri Terengganu tidak menghalang beliau untuk memberi ruang dan masa kepada masyarakat yang diwakili beliau  di dalam DUN .
Sudah menjadi kelaziman bagi beliau akan meluangkan masa di dalam bulan ramadhan kepada masyarakat di DUN Kijal terutama golongan yang kurang bernasib baik. Beliau sedayaupaya akan membantu dan memberi sokongan agar kekurangan diri tidak menjadi penghalang untuk meneruskan hidup.
Beginilah “ Keprihatinan MB Terengganu yang sentiasa mengutamakan rakyat “