SEGALANYA BERMULA DI SINI

JUMPA KAMI DI FACEBOOK KHIDMAT MASYARAKAT DUN KIJAL

Isnin, 18 April 2011

ADUN KIJAL LAWAT ORANG SAKIT

YAB DATO SERI HAJI AHMAD MELAWAT ORANG SAKIT

KIJAL 17 April 2011 - Kesibukan tugas sebagai menteri besar tidak menghalang YAB Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said melawat orang sakit di dalam Dun Kijal. Selepas majlis perasmian penyampaian dana pakaian sekolah di dewan sivik, beliau telah melawat En. Zakaria Bin Mohamad yang sakit tulang belakang di Kg Tengah Kijal. 

En. Zakaria merupakan Timbalan Pengerusi JKKK Kg Tengah Kijal yang berehat selepas menjalani pembedahan membuang serpihan tulang yang rosak di bahagian tulang belakang 2 minggu lepas.

YAB Dato Seri bertanya khabar Encik Zakaria selepas menjalani pembedahan
Lawatan tersebut turut diringi To' Puan Seri Hajjah Norliza Binti Mahmud isteri menteri besar serta Tuan Haji Roshali Taha Pengarah Agensi pembangunan Masyarakat Terengganu yang merupakan juga Setiausaha Penyelaras UMNO Dun Kijal. Turut melawat Che Wan Azlizan Bin Che Wan Abu Bakar, Pengerusi Penyelaras Pemuda UMNO Dun Kijal,  dan En Hamad Tarmizi Bin Johar  Pengerusi Peti Undi Pekan Kijal.
En Zakaria menunjukkan kesan pembedahan
Dalam kesempatan itu juga, beliau juga melawat seorang lagi warga emas yang terlantar sakit di kampung berdekatan.


  BERAKIT RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KETEPIAN,
BERSAKIT-SAKIT DAHULU, BERSENANG-SENANG KEMUDIAN.

Ahad, 17 April 2011

DANA BANTUAN PAKAIAN SEKOLAH 2011


MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PAKAIAN SEKOLAH
KIJAL 17 April 2011 :- Ibubapa bagi pelajar di DUN Kijal berasa amat bersyukur apabila Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said Menteri Besar Terengganu merangkap ADUN Kijal menyampaikan bantuan pakaian sekolah 2011 bagi keluarga yang layak.

 Menurut YAB Dato Seri, penerima bantuan pada kali ini berjumlah 2237 keluarga yang disampaikan bantuan dana tersebut jam 9.00 pagi di Dewan Sivik Kijal dan pada 11.00pagi di Dataran JKKK Seri Bandi.  Beliau berharap semua penerima dana pakaian sekolah ini terus memberi sokongan kepada barisan kepimpinan beliau dan kerajaan pada hari ini agar nikmat negeri dapat diagihkan dengan sempurna demi masa depan rakyat Terengganu.






Orang ramai mendengar ucapan YAB Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said

 Bagi memberi peluang kepada semua rakyat menikmati hasil negeri, Kerajaan negeri hendaklah dipilih dari kalangan pemimpin yang telus dan bekerja untuk rakyat. Bukan menyokong sebuah sekumpulan manusia yang hanya suka berpolitik dan menjanjikan sesuatu yang mustahil,menyebarkan fitnah dan menyesatkan serta meruntuhkan perpaduan rakyat.

YAB Dato' Seri memberi ucapan di Majlis Perasmian Penyampaian Dana Pakaian Sekolah

Kerajaan Negeri Terengganu kini merupakan sebuah kerajaan yang berkebajikan, mengutamakan rakyat dan merancang untuk melahirkan generasi keluarga yang berdaya saing serta mampu merubah masa depan keluarga bangsa dan negara serta dalam masa yang sama melahirkan insan yang mendaulatkan Islam.

Menteri Besar bertanya khabar dengan penerima dana pakaian sekolah
 Menurut ucapan beliau, kerajaan negeri juga telah berusaha memastikan bahawa pembangunan negeri menjadi aspek penting dalam memacu Terengganu ke Era baru. Pembangunan Bandar Baru Kijal bakal menjadi Ikon baru. Ia juga akan menjadi peluang ekonomi untuk rakyat Terengganu terutama masyarakat di Kijal dan Kemaman.
Masyarakat Seri Bandi bersalam dengan YAB Dato' Seri
Akhirnya, hasil pilihan rakyat pada pilihanraya2008 yang  lalu telah membuktikan bahawa mereka membuat pilihan yang tepat. Diharapkan rakyat terus menyokong kerajaan yang sentiasa memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat.

Baja Lima Tahun Sekali, Hasil Nikmati Sepanjang Tahun.

CHIKO DAN TAPIR DI ZOO KEMAMAN

 MINI ZOO

Kali ni kita bercerita tentang Mini Zoo Kemaman, Zoo yang terletak di Bukit Takal, Ibok Kijal ini merupakan zoo yang dilhamkan oleh YAB Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said sebelum dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu lagi. Mula dibina pada awal 1998 dengan menempatkan beberapa haiwan kini menjadi pusat rekreasi untuk keluarga.

Zoo yang dibina dalam bentuk semulajadi ini telah menempatkan beberapa haiwan yang sukar dijumpai bahkan turut menempatkan beberapa burung yang unik.


CHIKO...Sepasang harimau belang yang boleh dilihat dari pandangan atas dengan melalui titian gantung.
Keunikan zoo ini adalah dibina dalam kebun buah-buahan, Sekiranya anda melawat pada musim buah-buahan Insyallah
 "Makan Free lah " .  tapi ingat hanya untuk makan di dalam zoo jer. ( x boleh dibawa pulang)


JINAK..Seekor tapir juga ditempatkan di zoo
 HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG
MANUSIA MTI MENINGGALKAN NAMA

TALONG, SERI TARIKAN BARU ZOO KEMAMAN


Dua ekor anak gajah yang diberi nama Talong dan Seri tiba di Zoo Kemaman awal pagi tadi. Kedua-dua beradik ini selesa ketika tiba  di zoo Kemaman dan ditempatkan di Pusat Santuary Gajah yang dibina di Zoo tersebut.

YAB Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said meluangkan masa melawat perkembangan pembinaan dan pembangunan zoo


Talong mendengar arahan penjaga ketika disuruh duduk.


" Anak Gajah Makan Tebu"
Makan tebu Di pagi hari"
Ayuh kawan datang ke Zoo"
Sambil rehat Ilmu Dicari

IJOK KENALI PENYU




LAWAT... Kamuniti 1 Malaysia Mukim Ijok, Perak melawat perusahaan Roti

Meraga Beris- Komuniti 1 Malaysia Mukim Kijal telah menerima kunjungan mesra daripada Komuniti 1 Malaysia Mukim Ijok, Perak pada 16 April 2011. Rombongan tiba di Kg Meraga Beris pada jam 11.20 pagi diiringi oleh Pegawai Penerangan Daerah Kemaman Tuan Haji Awang Ismail Bin Awang.

Peserta rombongan diberi taklimat ringkas berkaitan komuniti 1 Malaysia Mukim Kijal oleh Cikgu Rozi selaku Setiausaha Komuniti 1 Malaysia Mukim Kijal. 40 peserta rombongan ini turut dibawa melawati industri-industri kecil yang dijalankan oleh ahli-ahli komuniti mukim kijal.


Rombangan ini merupakan satu bentuk hubungan yang akrab diantara komuniti seluruh Malaysia. Peranan dan fungsi kmuniti 1 Malaysia seluruh Malaysia adalah menjalinkan hubungan yang mesra diantara rakyat. Oleh demikian, rombongan sebegini adalah platform terbaik untuk merealisasikan hasrat 1 Malaysia.

" Setiap jiwa yang beriman kepada Allah adalah bersaudara"

Sabtu, 16 April 2011

MAK LEHA BERTENUN PULA..

TENUN...Mak Leha sedang menyiapkan tempahan
    Meraga Beris - Kemahiran tenunan kain songkek merupakan salah satu keistimewaan bagi rakyat Terengganu. Keunikan dan ketelitian menjadi aspek penting dalam memastikan hasil tenunan menjadi eksklusif.

    Bagi seorang ibu tunggal, Zaleha Hasan , tenunan merupakan seni yang mendapat pulangan yang baik. Beliau menjadikan kemahiran tenunan ini sebagai hobi mengisi masa lapang dan ia juga menjadi sumber pendapatan sampingan.

Antara kain tenunan yang telah siap

Unik dan menarik apabila benang menjadi kain

Beliau mampu menyiapkan sehelai kain songkek dalam masa dua hari dan mendapat bayak tempahan daripada penduduk sekitar.

Pelbagai corak dan seni ditenun oleh Mak Leha dalam menyiapkan kain tenunan ini. Kretiviti dan kesenian ini bergantung kepada kehendak pelanggan .

Bagi yang berminat untuk membuat tempahan boleh lah ke kediaman Mak Leha di Kg Meraga Beris atau email ke kedamaian_ubi@yahoo.com untuk maklumat lanjut.


Dari Bukit Lari ke Muara,
Dari Muara Singgah Dikota,
Minat Songkek Seni DiKira,
"Minat Dara Agama Dicita"

Sabtu, 2 April 2011

TERIMA KASIH KERAJAAN TERENGGANU DAN PUSAT

 


Projek Jambatan Baru Bukit Kuang sedang dijalankan

Rakyat Terengganu terutama masyarakat di sekitar Kemaman berasa bersyukur di atas pembinaan jambatan baru Bukit Kuang bermula akhir tahun lalu.

Jambatan yang dianggarkan berharga hampir 180 juta ini bakal menjadi mercu tanda baru disamping mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengguna jalanraya terutama waktu-waktu puncak.

Seluruh rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Terengganu dan Kerajaan Pusat diatas kelulusan projek tersebut. Hubungan yang baik antara dua kerajaan ini telah memberi kesan atau impak yang amat baik kepada kesejahteraan rakyat.

Dengan terlaksananya projek sebegini menunjukkan bahwa kerajaan negeri dibawah kepimpinan YAB Dato Seri Haji Ahmad Bin Said komited dengan motto Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan dan Rakyat Didahulukan Percapaian Diutamakan.

sumber : KEMAMAN HARI INI

Kerajaan Lulus RM10 juta Tingkat Kemudahan Hospital Kemaman


 




Oleh: Kamarudin Mat Akib / Gambar Oleh Zul Putra


Menteri Kesihatan, Dato' Seri Liow Tiong Lai bersama Dato' Ahmad Shabery Cheek dan Dato' Seri Ahmad Said ketika melakukan lawatan ke Hospital Kemaman.Kementerian Kesihatan meluluskan peruntukan RM10 juta bagi menaiktaraf pelbagai kemudahan di Hospital Kemaman, dalam usaha menyediakan lebih banyak kemudahan kesihatan dan menaiktaraf kesihatan rakyat, khususnya penduduk di daerah berkenaan.

Kelulusan serta-merta itu dilakukan hasil lawatan kerja Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Liow Tiong Lai, ke hospital berkenaan hari ini, bagi meninjau secara lebih dekat pelbagai masalah yang dihadapi pihak pengurusan hospital berkenaan.

Sikap Anwar Hina Batik Dikesali

Wednesday, February 16, 2011

 



Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said kesal dengan sikap Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menghina batik Malaysia dalam satu syarahan umum di Indonesia, baru-baru ini.

Beliau berkata, Ketua Pembangkang itu mempunyai agenda tersendiri apabila dia tidak mahu mengakui batik Malaysia khususnya batik Terengganu, mempunyai pelbagai keunikan termasuk corak dan rekaan.

“Batik Malaysia bukan hanya digemari masyarakat tempatan malah pelancong luar negara termasuk Itali dan Perancis.

“ Apabila datang ke Terengganu mereka tidak akan melepaskan peluang membelinya untuk dijadikan kenang-kenangan dan cederahati kepada rakan senegara,” katanya.

Teganukita difahamkan Sultan Brunei Darulsalam dan kerabat negara itu sering menempah batik dan songket Terengganu bagi pelbagai tujuan, termasuk hiasan di istana.

Menteri Besar berkata, sekiranya benar batik Malaysia jelik atau buruk, sudah lama ia tidak boleh bertahan di pasaran, namun dakwaan itu sememangnya meleset ekoran tekstil itu semakin hebat di mata dunia.

“Anwar bukannya seorang yang pakar mengenai batik dan tidak wajar beliau mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan industri batik di negara ini termasuk Terengganu,” katanya.

Oleh: Suriati Ali
SUMBER : TERENGGANU HARI INI

BN yakin rampas Pulau Pinang



BALIK PULAU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) dapat merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang ekoran terdapat tanda-tanda angin perubahan yang berlaku di negeri itu.

Katanya, dalam tinjauan beliau ke Pulau Pinang, banyak pihak meluahkan kekecewaan terhadap kerajaan negeri di bawah kepimpinan semasa, dan mereka mahukan perubahan.

“Suasana memihak kepada perasaan inginkan perubahan dan walaupun ia di peringkat sentimen, kita mahukan sentimen itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Jamuan Mesra Rakyat di Kampung Permatang Pasir di sini, semalam.

Najib berkata, ketika beliau turun padang, ada rakyat yang membisik ke telinganya dan mengeluh bahawa golongan peniaga gerai di Pulau Pinang menghadapi tekanan dan sukar mencari rezeki sedangkan perkara seperti itu tidak pernah berlaku ketika negeri di bawah pentadbiran BN.

Katanya, selain itu angin perubahan juga dapat dilihat dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini apabila BN bukan sahaja memenanginya, malah majoritinya melonjak.

“Ada juga pihak pembangkang yang mendakwa kononnya krisis kepimpinan yang berlaku di negara Timur Tengah akan berlaku di Malaysia, dan saya ingin beri jawapan, bahawa dalam keadaan krisis di sana, majoriti BN terus bertambah baik pada pilihan raya kecil sebelum ini,” katanya.