SEGALANYA BERMULA DI SINI

JUMPA KAMI DI FACEBOOK KHIDMAT MASYARAKAT DUN KIJAL

Ahad, 27 Mac 2011

Warna warni SPORA 2011

LAWAT Peserta SPORA diberi taklimat ringkas di sesi lawatan ke Kemaman Supply Base (KSB) Kijal

Peserta menaiki ruang tinjau bagi melihat keseluruhan KSB .

Lawatan ke Mini Zoo Bukit Takal, Kijal

Taklimat ringkat darpada Dr Muthu di Zoo Kemaman

Rekreasi sambil menikmati keindahan alam semula jadi setelah menjalani Program SPORA 3 hari 2 malam di Kijal 

GURAU MESRA Peserta sempat bermain dengan seekor Kera Mawas di ZOO

SPORA- Program Motivasi Pelajar SMK Kijal


Pegawai Pengiring dan peserta SPORA memberi motivasi kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5 SMK Kijal
SPORA- Peserta dan pegawai pengiring mengadakan sesi motivasi dan halatuju pelajar sempena program Anak Angkat & Kemasyarakatan UiTM pada kali ini.

Semua pelajar mengambil perhatian penuh sepanjang motivasi ini berlangsung. Hampir 300 pelajar SMK Kijal  terlibat dalam program ini.

Pelajar SMK Kijal bertanya sesuatu kepada Motivetor SPORA 2011

SPORA - MAJLIS PENYERAHAN KELUARGA ANGKAT

Majlis penyerahan keluarga angkat berjalan dengan sempurna di kedua-dua kampung terbabit. Semua ibu bapa angkat menunggu ketibaan peserta SPORA sejak tengahari.
Peserta SPORA bersalaman dengan ibu angkat
Pada peringkat awal, dijadualkan seramai 100 pelajar akan menyertai program SPORA ini namun demikian atas beberapa masalah peribadi dan keperluan lain beberapa pelajar terpaksa menarik diri daripada program tersebut.

Seramai 89 pelajar telah menyertai program ini dan diiringi 2 pegawai pengiring dan juga merupakan pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Shah Alam, Selangor.


En.Aruwan Ibrahim, Pegawai pengiring program menyatakan sesuatu kepada Ketua Penyelia APMT DUN Kijal


SPORA : Program Anak Angkat & Kemasyarakatan

27 Mac 2011 - Program Anak Angkat dan Kemasyarakatan (SPORA) Uitm, Shah Alam Selangor telah dijalankan di Kijal dari 25 hingga 27 Mac 2011. Kampung Titian Berayun dan  Kampung Meraga Beris  telah terlibat menjayakan program ini dengan jayanya.

Seramai 89 pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam ,Universiti Teknologi Mara menjadi peserta di kedua-dua kampung yang melibatkan 46 keluarga angkat. Program tersebut telah disempurnakan oleh Ybhg Tuan Haji Wan Ahmad Nizam Bin Wan Abdul Hamid Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu mewakili YAB Dato Seri Haji Ahmad Bin Said Menteri Besar Terengganu.

Dalam program tersebut peserta-peserta telah menjalankan beberapa program kemasyarakatan seperti membaikpulih dan menceriakan 10 kediaman orang miskin yang dipilih oleh JKKK yang terbabit.
 
Sebilangan besar peserta adalah bukan Rakyat Terengganu

 
Peserta SPORA UiTM tiba di Pantai Telok Kalong, Kijal dan menikmati juadah tengahari yang disediakan oleh APMT Kijal

REHAT-  Peserta berehat setelah mengharungi perjalanan yang panjang

Selasa, 22 Mac 2011

PIALA FA : PASUKAN PETEH KE SEPARUH AKHIR


Rakyat Terengganu mengucapkan syabas dan tahniah diatas kejayaan Pasukan Bola Sepak Terengganu berjaya ke separuh Akhir Piala FA 2011. Bertemu pula dengan negeri jiran
( PAHANG )

Insyallah, Terengganu akan mencapai kejayaan, semua rakyat Terengganu memberi sokongan di separuh akhir nanti...

KEPUTUSAN SPM DIUMUMKAN ESOK

Alhamdulillah, esok keputusan SPM akan diumukan dan semua pelajar-pelajar akan memperolehi keputusan periksaan tersebut. Yang berusaha pasti mendapat keputusan yang cemerlang.

Dijangka keputusan Negeri Terengganu meningkat daripada tahun lalu. Keputusan lulus juga dijangka meningkat dalam semua pelajaran.

Dasar Kerajaan negeri yang tidak mengira fahaman politik dalam memastikan rakyat sentiasa ke arah kecemerlangan ilmu harus dipandang serius oleh semua pihak terutama pihak yang berlainan arus politik.

Semua pihak haruslah memegang prinsip politik adalah untuk rakyat. Rakyat berhak memilih kuasa politik yang menjamin kesejahteraan rakyat tanpa fitnah dan khianat. Rakyat juga berhak menikmati kehidupan yang baik dibawah pemimpin yang merakyatkan pentadbiran.

Semoga Negeri Terengganu terus cemerlang dibawah kepimpinan barisan pemimpin yang mengutamakan rakyat dan mendahulukan percapaian negeri dan negara.

TAHNIAH KERAJAAN NEGERI TERENGGANU DAN JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU. SEMOGA USAHA MEMARTABATKAN AGAMA BANGSA DAN NEGERI INI DENGAN ILMU PENGETAHUAN DIRAHMATI ALLAH..AMIN



Isnin, 21 Mac 2011

TERIMA KASIH KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

KERAJAAN TERENGGANU YANG PRIHATIN



PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT





Bonda Yang di-Pertuan Agong mangkat

Bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bariah Sultan Alam Shah mangkat di Hospital Seri Kota, Klang, Selangor pada pukul 1.22 pagi ini.

Kemangkatan baginda, 78, diumumkan Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong Datuk Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Zuki turut memaklumkan bahawa jenazah almarhum akan dibawa pulang ke Kuala Terengganu melalui Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

Jenazah almarhum berlepas dari pengkalan itu kira-kira 10.45 pagi ini menggunakan pesawat C130 TUDM.

Mengiringi jenazah ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah yang berlepas dari pengkalan itu dengan pesawat khas.

Antara yang turut berada di Pengkalan TUDM ialah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Jenazah akan dibawa ke Istana Maziah, Kuala Terengganu untuk penghormatan terakhir dan urusan pengebumian.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu hari ini, rakyat jelata diberi peluang untuk memberi penghormatan terakhir bermula pukul 1 petang sehingga 2.30 petang.

Jenazah Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja di perkarangan Masjid Al-Muktafibillah Shah, Ladang petang ini.

Almarhum Tengku Bariah yang diputerakan pada 31 Ogos 1933 di Klang Selangor berkahwin dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud yang pada masa itu bergelar Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda pada 22 Mac 1952 di Kuala Lumpur.

Almarhum selepas itu dikurnia gelaran Tengku Puan Muda oleh Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 7 April 1954 dan dilantik menjadi Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 20 September 1979.

Sumber : Malaysia Kini

Ahad, 20 Mac 2011

JAMBATAN BARU BUKIT KUANG DALAM PEMBINAAN


KIJAL- Sebuah jambatan baru kini dalam pembinaan bagi menggantikan jambatan Bukit Kuang yang sedia ada sekarang. Hal ini berikutan jambatan tersebut sudah tidak mampu lagi menampung penambahan pengguna jalanraya antara bandar Kemaman ke Dungun.

Jambatan baru yang memerlukan kos pembinaan sekitar RM180 juta tersebut bakal menjadi mercu tanda baru bagi daerah ini. Menurut ucapan YAB Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said Menteri Besar Terengganu merangkap ADUN Kijal, pembinaan jambatan tersebut akan memakan masa 3 tahun untuk siap sepenuhnya. Ia dibina dengan rekabentuk yang mementingkan kepentingan semua pihak.

Khamis, 17 Mac 2011

RUMAH TERBAKAR DI KAMPUNG TITIAN BERAYUN,KIJAL


Titian Berayun, 17 Mac 2011- Satu kebakaran rumah telah berlaku di Kampung Titian Berayun Kijal pada lewat petang ini. Kebakaran berlaku sekitar jam 6 petang dan disedari oleh pemilik rumah yang baru pulang dari Bandar Chukai.

Mangsa dikenali sebagai Che Wan Jaafar Bin Che Wan Endut menyedari kebakaran tersebut ketika melangkah masuk ke ruang utama rumahnya.Tiada asap atau api keluar daripada rumah menyebabkan mangsa dan jiran tidak menyedari kebakaran berlaku.

Menurut jiran berhampiran rumah mangsa, mereka tidak menyedari kejadian tersebut namun bau hangit umpama tayar terbakar sekitar kediaman mangsa tetapi tidak dapat dikesan punca bau tersebut berikutan kebakaran berlaku didapur rumah mangsa tidak dapat dilihat.

3 buah jentera daripada balai bomba Kerteh tiba ditempat kejadian bagi mengawal kebakaran dari terus merebak. Tiada kemalangan jiwa dan jumlah kerugian serta punca kebakaran sedang disiasat.

Selasa, 15 Mac 2011

PROGRAM TERKINI DI KIJAL

SALAM SEMUA PENGKUT DAN PELAYAR BLOG KIJAL KINI.
DAN ANAK-ANAK KIJAL YANG BERADA DILUAR KIJAL

INFORMASI UNTUK SEMUA

BERIKUT ADALAH AKTIVITI TERBARU DI KIJAL


( 23 MAC 2011 )
PROGRAM LEPAK SANTAI BERSAMA BELIA
BANDAR SERI BANDI
JAM 9.00 MALAM
SEMUA DIJEMPUT HADIR

( 25 HINGGA 27 MAC 2011 )
PROGRAM ANAK ANGKAT DAN KEMASYARAKATAN (SPORA )
KG TITIAN BERAYUN DAN KG MERAGA BERIS

( 30 MAC HINGGA 2 APRIL 2011 )
PROGRAM ANAK ANGKAT KETENGAH
KG TERSUSUN LUBUK LESONG

Jumaat, 11 Mac 2011

YAB DATO' SERI AHMAD SAID MELAWAT LADANG NYIOR MATAG

Kijal 11 Mac 2011- YAB Dato Seri Haji Ahmad Bin Said meluangkan masa melawat projek tanaman Nyior Matag Berkelompok di Kampung Yak Yah, Ibok.
Projek asal merupakan projek tanaman Limau Madu yang telah dijalankan selama hampir 15 Tahun namun demikian diberi nafas baru dengan tanaman Nyior Matag yang dijangka lebih memberi pulangan yang baik kepada peserta.

Dalam ucapan beliau, YAB Dato' Seri telah menyarankan agar semua peserta berusaha meningkatkan keluaran hasil tanaman bagi meningkatkan pulangan pendapatan peserta.

Beliau juga mentawakuf semua tuntutan-tuntutan pengerusi JKKK Kg Yak Yah berkaitan projek tersebut sehingga peserta-peserta berjaya meyakinkan beliau dengan mengeluarkan hasil yang baik.

YAB Dato Seri Haji Ahmad Bin Said memberi ucapan dalam majlis lawatan tersebut



Beliau menyaksikan upacara menandatangi perjanjian ladang kontrak antara Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu dan Pertubuhan Peladang Kawasan Kemaman.

Khamis, 10 Mac 2011

MAULUD RASUL PERINGKAT DAERAH KEMAMAN

KEMAMAN 10 MAC 2011:- PROGRAM SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT DAERAH KEMAMAN TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA.


YAB DATO SERI HAJI AHMAD BIN SAID MENTERI BESAR TIBA PADA MAJLIS TERSEBUT

PASUKAN PENYELARAS PEMUDA UMNO DUN KIJAL BERSIAP SEDIA UNTUK MEMULAKAN PERARAKAN


Rabu, 9 Mac 2011

BUKIT TERUNA, SK KIJAL BOLOT HADIAH

Salam semua pembaca blog kijal kini,
Penulis hari ini turut sama menyertai perarakan Maulud Nabi  Peringkat Daerah Kemaman. Penulis cukup kagum dengan semangat pasukan-pasukan yang bertanding pada kali ini. Menurut perhatian penulis lebih 20 000 orang telah menyertai perarakan pada kali ini.

Mungkin tiada rezeki kali ini, penulis tertinggal kamera untuk ambil gambar tapi "don't be khuatir" penulis akan dapatkan gambar program tersebut daripada bloger-bloger yang lain untuk pembaca kijal kini.


Perarakan kali ini, JKKK Bukit Teruna telah berjaya membawa pulang 2 hadiah. Tempat kedua pasukan perarakan kategori JKKK dan Juara bagi kategori WANITA. Tahniah for all warga Bukit Teruna, Kijal.

Manakala Sekolah Kebangsaan Kijal turut membawa beberapa hadiah dalam perarakan tersebut.

Taniah bagi yang menang, yang belum menang teruskan usaha pada tahun hadapan.


 Tahniah kepada penganjur yang telah berjaya menganjurkan perarakan ini. Semoga barisan kepimpinan daerah kemaman terus gemilang dibawah kepimpinan YAB Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terengganu

Isnin, 7 Mac 2011

PROGRAM MAULUD NABI PERINGKAT DAERAH KEMAMAN

10 MAC 2011

 MAJLIS PERARAKAN MAULIDDURRASUL PERINGKAT DAERAH KEMAMAN
BERTEMPAT DI PADANG ASTAKA, CHUKAI KEMAMAN
BERMULA JAM 7.30 PAGI
DIJANGKA 20 000 ORANG AKAN MENYERTAI PERARAKAN TERBESAR DI DAERAH KEMAMAN

DIJEMPUT SEMUA HADIR

1 MALYSIA 1 UMMAH