SEGALANYA BERMULA DI SINI

JUMPA KAMI DI FACEBOOK KHIDMAT MASYARAKAT DUN KIJAL

Jumaat, 11 Februari 2011

KEBAKARAN DI KG TENGAH KIJAL

 Anggota Bomba bertungkus lumus memadam kebaran daripada merebak ke rumah berdekatan

Pekan Kijal - 12hb Febuari 2011 - Sebuah Rumah hangus dijilat api di Kg Tengah, Kijal. Kejadian berlaku sekitar jam 10.40 pagi disedari oleh penduduk kampung. Ketika kejadian semua anak-anak berada di halaman rumah manakala bapa dan ibu keluar bekerja.

Mangsa kebakaran ,Zulkifli Bin Koter (50) yang baru memulakan kerja di sebuah sawmill berdekatan bergegas pulang ke rumah berikutan kejadian tersebut.

Sabtu, 5 Februari 2011

LTdL 2011 cetus harapan baru

PENAMPILAN 14 pelumba tempatan menerusi tiga pasukan tempatan dan sebuah pasukan dari Australia pada edisi ke-16 Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun ini meniup harapan baru buat sukan berbasikal lebuh raya negara.

Jumaat, 4 Februari 2011

Empat penuntut Terengganu selamat tiba di KLIA

KUALA TERENGGANU 3 Feb. - Tiga pelajar tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan seorang pelajar tajaan Yayasan Terengganu yang belajar di Mesir merupakan kumpulan pertama pelajar negeri ini yang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengah hari tadi.

Lega SMK Bukit Kuang bakal dibuka

BUKIT KUANG – Ibu bapa dan penjaga di kawasan ini boleh menarik nafas lega kerana mulai Januari tahun depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Kuang bakal dibuka sekali gus ibu bapa mahupun penjaga tidak perlu lagi mengeluarkan perbelanjaan pengangkutan anak serta dapat berjimat.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, dengan jarak sekolah baru yang berada di tengah kawasan itu, anak boleh ke sekolah dengan hanya berjalan kaki ataupun menunggang basikal.

Kadar jenayah di Kemaman menurun - Mohd. Shukri

KEMAMAN 20 Dis. - Kadar jenayah di Kemaman menurun sehingga 29.83 peratus kepada 728 kes berbanding 995 kes dalam tempoh sama pada tahun lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan menyifatkan, perkembangan itu memberi gambaran keberkesanan usaha membendung jenayah yang dilaksanakan Ibu Pejabat Daerah (IPD).
"Kejayaan IPD Kemaman menurunkan kadar jenayah sehingga melebihi kadar 21 peratus sangat baik kerana kita melihat sedikit sukar untuk sesebuah daerah yang sedang pesat membangun untuk mengawal kadar jenayah.

Jangan lemahkan jentera kerajaan - MB

KUALA TERENGGANU 27 Jan. - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengingatkan agar jentera kerajaan tidak cuba dilemahkan dalam usaha kerajaan memberi lebih kesejahteraan kepada rakyat melalui pelbagai perancangan yang perlu dijayakan.
Sambil menegaskan demikian beliau berkata, kerajaan negeri tidak mahu penjawat awam bersifat 'seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing' dan 'menjadi api dalam sekam'.
Beliau mengajak mereka bermaufakat dengan semua pihak agar ia memberikan lebih kekuatan bagi menyempurnakan segala yang dirancang.

Selasa, 1 Februari 2011

GAZEBO


CANTIK...MENARIK...DAN MENENANGKAN

GAZEBO... satu bentuk senibina yang menghiasi laman. Dibina dari kayu tembesu menguatkan struktur senibina tersebut. dihiasi pokok bunga sekeliling gazebo menambahkan lagi ketenangkan ketika bersantai di gazebo tersebut dihujung minggu bersama keluarga.

Untuk memiliki gazebo bolehlah menghubungi En.Mustaffa Bin Jusoh ( 012 9695488 )
harga berpatutan dan boleh dirunding.